[ adakah begini yang anda mahukan ]
KIRA-KIRA 160,000 manusia mati setiap tahun akibat kesan sampingan kepanasan dunia disebabkan penyakit seperti malaria sehingga kurang khasiat dengan jangkaan jumlah itu akan meningkat dua kali ganda menjelang 2020, kata sekumpulan saintis.
Kajian oleh saintis-saintis di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan London School of Hygiene and Tropical Medicine menyatakan kanak-kanak di negara sedang membangun merupakan golongan paling teruk terjejas.
"Kami menjangka perubahan cuaca telah menyebabkan kira-kira 160,000 kematian setahun," kata Professor Andrew Haines of the London School of Hygiene and Tropical Medicine pada persidangan perubahan cuaca di Moscow.
Banyak penyakit merebak disebabkan oleh masalah perubahan cuaca yang ketara dan jumlahnya akan meningkat dua kali ganda menjelang 2020. Kebanyakan kematian direkodkan di negara-negara sedang membangun seperti Afrika, Amerika LAtin dan Asia Tenggara disebabkan oleh masalah kekurangan makanan berkhasiat, cirit-birit dan malaria yang mempunyai kesan daripada masalah kepanasan.
[ antara kesan sampingan kepanasan cuaca ialah kekurangan makanan]
Penduduk yang mendapat iklim yang sederhana sejuk seperti di Eropah dan Amerika Utara sememangnya dapat menjalani kehidupan lebih selesa, bagaimanapun musim panas melampau yang melanda Eropah baru-baru ini telah menyebabkan kira-kira 15,000 kematian di Perancis.
Haines berkata, perubahan cuaca ada juga memberi kesan kebaikan seperti peningkatan dalam hasil tuaian di sesetengah kawasan tetapi ia juga boleh menyebabkan peningkatan kadar merebaknya penyakit. Rusia baru-baru ini mengadakan persidangan perubahan cuaca dunia bagi membincangkan bagaimana mengawal kadar pencemaran gas seperti karbon oksida dari kilang dan kenderaan yang dikatakan punca peningkatan suhu dunia.
[sumber : estidotmy ]
No comments:
Post a Comment