| Selamat Datang ke Blog Dunia Sains Saya. Blog ini merupakan satu alternatif untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran bagi subjek SAINS yang lebih menarik dan interaktif. Melalui blog ini pelajar, guru serta pembaca boleh mendapatkan bahan-bahan p&p yang berkaitan dengan SAINS |

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Cik Nor Aziehan bt Ahmad Adnan
[ emel : ticerlemon@yahoo.com ]

" SHARING is CARING "
Selamat membaca ^o^

8 January 2012

ASK ME | Macam Mana Nak Tentukan Jenis Tuas?

Salam semua ^__^
Baru-baru ini ada student yang masih confius dan bertanyakan persoalan berkaitan dengan Chapter 10 : Simple Machine.
Sebenarnya, kalau ikotkan bab ni merupakan antara bab yang boleh masok kategori SUKAR. Tapi semua tu tak jadik masalah kalau kita rajin buat latihan kan :)

Ok, kat sini ticer akan bincangkan kepada 2 persoalan yang melibatkan subtopik Types of Lever iaitu :

        1.   Bagaimana menentukan jenis tuas (Class of Lever)
        2.   Apakah contoh-contoh tuas kelas pertama, kedua dan ketiga?

Meh kita mulakan pembelajaran kita. 
Are you ready :)

Pertama sekali, kamu kena tentukan kedudukan perkara-perkara berikut:
 BEBAN (load), daya (effort) dan FULKRUM (fulcrum).
Untuk mudah kita ingat, jadik kamu kena utamakan perhatian pada perkara yg terletak pada tengah-tengah alatan.

## Jika FULKRUM (fulcrum) berada di tengah-tengah, kita katakan ia berada dalam kumpulan TUAS KELAS PERTAMA (First Class Lever).

[ perhatikan di tengah-tengah adalah FULKRUM ]


## Jika BEBAN (load) berada di tengah-tengah, kita katakan ia berada dalam kumpulan TUAS KELAS KEDUA (Second Class Lever).

[ Beban berada di tengah-tengah ]

## Jika DAYA (effort) berada di tengah-tengah, kita katakan ia berada dalam kumpulan TUAS KELAS KETIGA (Third Class Lever).

Daya berada di tengah-tengah ]

PERHATIAN !!!
Untuk mudahkan kamu ingat, just hafal formula ini jek :
  F L E  
"F" untuk FULCRUM (fulkrum)
"L" untuk LOAD (beban)
"E" untuk EFFORT (daya)

"F" mewakili TUAS KELAS PERTAMA,
"L" mewakili TUAS KELAS KEDUA,
"E" mewakili TUAS KELAS KETIGA

Ini sebab kenapa ticer suruh hafal dan ingat perkara yg berada di tengah-tengah jek ^__^

Jadi, sudahkah kamu memahami bagaimana nak tentukan jenis tuas ? Opsss..masih confius lagik ke?? Tak pe, jom kamu cuba kenalpasti jenis tuas bagi alat-alat berikut. Tulis jawapan kat kertas dulu....kemudian baru check jawapan di bawah. 

SELAMAT MENCUBA ! Jangan malas-malas ok :)

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Tadaaaa ^___^
Sudah siap eh kenalpasti jenis tuas alatan kat atas tu? Ok, jom check jawapan sama-sama yer :)

TUAS KELAS
 PERTAMA
TUAS KELAS
 KEDUA
TUAS KELAS
 KETIGA
Pemangkas
Penebuk lubang
Penyepit baju
Pengepit kuku
Pemecah buah
Pembuka tin
Pam angin
Pengepit ais
Cangkul
Penyapu
Joran


Ehhh...ada satu lagik tak de kan (muke confius)
Macam mana pulak dengan Pisau Cincang yer??

Jawapannya ialah...
Pisau Cincang bukanlah sejenis tuas. Kecuali sekiranya kalau kita meletakkan bawang di bawah mata pisau tu dalam keadaan salah satu hujung pisau dipaksikan pada papan pemotong. Kalau macam ni baru kita boleh katakan bahawa ia dalam kumpulan TUAS KELAS KEDUA sebab BEBAN (load) yg berada di tengah-tengah.

[ tuas kelas kedua

Bagaimana sekarang...sudah faham dan jelas betul-betul belum mengenai tajuk ni?
Kalau masih belum jelas dan ada apa-apa persoalan, kamu bolehlah kemukakan di ruangan komen di bawah.
Terima kasih :)


1 comment:

  1. Ticer macam mana nk buat pistol menggunakn konsep tuas. Cg sye suruh buat lain drpd yg lain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...