| Selamat Datang ke Blog Dunia Sains Saya. Blog ini merupakan satu alternatif untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran bagi subjek SAINS yang lebih menarik dan interaktif. Melalui blog ini pelajar, guru serta pembaca boleh mendapatkan bahan-bahan p&p yang berkaitan dengan SAINS |

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Cik Nor Aziehan bt Ahmad Adnan
[ emel : ticerlemon@yahoo.com ]

" SHARING is CARING "
Selamat membaca ^o^

1 April 2012

Benarkah Kuda Laut Jantan Lahirkan Anak

Semua pasti tahu yang organisma JANTAN memang tidak boleh meahirkan anak. Jika menjaga anak, itu perkara biasa. Tetapi, berlainan pula dengan situasi KUDA LAUT. Ramai yang percaya bahawa kuda laut jantan yang melahirkan anak. Benarkah ????


Kuda laut adalah sejenis ikan yang hidup di dalam laut dari genus Hippocampus dan famili Syngnathidae.

Sebenarnya, kuda laut betina telah menempatkan lebih 100 biji telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan. Kuda laut jantan kemudiannya akan mengeluarkan sperma ke dalam kantung tersebut uuntuk persenyawaan telur berkenaan.


Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur masing-masing. Proses pengerangan akan berlangsung selama 2 hingga 6 minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut.

Selepas cukup sifat, kuda laut jantan itu akan melahirkan anaknya yang kecil berukuran 1 cm panjang. Terdapat 35 spesies kuda laut di seluruh dunia dan ukurannya pelbagai iaitu antara 5 cm hingga 36 cm.

Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpai air dan batu karang. Ia makan dengan menyedut plankton yang kecil dan larva ikan.



Mengapa belon yang diisi helium lebih cepat mengecut?

| terbang jauh-jauh wahai cik belon |

Menjadi persoalan apabila membuat pemerhatian bagi belon yang kita sendiri tiup dengan belon yang kita isikan dengan gas helium. Kalau anda perhatikan, belon yang terisi helium akan lebih cepat mengecut. Anda tahu MENGAPA ???

Belon mempunyai liang yang amat kecil di dalamnya seperti lubang kecil yang membenarkan udara atau helium keluar. Justeru kita dapat melihat belon yang telah ditiup lama kelamaan akan mengecut.

Bagaimanapun belon yang diisi helium lebih cepat mengecut kerana atom-atomnya lebih kecil berbanding atom-atom dalam pernafasan kita.

Oleh kerana atom helium lebih kecil maka ia lebih mudah membolosi liang kecil di dalam belon itu.

Dalam bidang atom, atom helium adalah yang kedua terkecil manakala atom yang terkecil sekali ialah hidrogen.


10 March 2012

Berita | Kejohanan Merentas Desa SMKBT4

SMKBT4, 15 Januari 2012 - Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 4 telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Acara ini telah dimulakan seawal jam 8 pagi. Satu taklimat telah diberikan oleh Encik Saw Kean Tat (Setiausaha Sukan) kepada para peserta sebelum acara dimulakan. Beliau telah menerangkan mengenai peraturan serta laluan merentas desa pada kali ini. Acara ini telah disertai oleh 4 buah rumah sukan iaitu Musytari, Marikh, Zuhal dan juga Neptune.

Sebelum memulakan acara, para peserta telah melakukan acara memanaskan badan yang diketuai oleh Saudara Syamer Hafiz bersama rakan-rakannya. Pertandingan merentas desa ini dijalankan mengikut kategori iaitu :

  • Kategori Lelaki bawah 18 (Tingkatan 3, 4 dan 5)
  • Kategori Lelaki bawah 15 (Tingkatan 1 dan 2)
  • Kategori Perempuan bawah 18 (Tingkatan 3, 4 dan 5)
  • Kategori Perempuan bawah 15 (Tingkatan 1 dan 2)
Kejohanan Merentas Desa kali ini turut dibantu oleh barisan polis trafik IPD Gerik yang bertindak sebagai pengawal lalu lintas laluan merentas desa. johan keseluruhan Kejohanan Merentas Desa tahun 2012 berdasarkan pungutan mata telah dimenangi oleh rumah Musytari. Tahniah!

" Majulah Sukan untuk Negara" 

4 March 2012

Fakta | Hanya Nyamuk Betina Gigit Darah Kita

Salam sayang semua ^____^

Tiga hari lepas ada seorang cikgu bertanyakan soalan mengenai NYAMUK kepada saya dan soalan tersebut merupakan soalan daripada salah seorang pelajarnya.

Sebagai penggemar siri tv National Geography, amatlah perlu bagi saya untuk mengetahui mengenai NYAMUK ni. Mesti ter'miss' time deme tayang pasal incik/cik NYAMUK ni..hadeiiiii

Setelah membuat research dan bertanyakan kepada pacik google, maka sy dapatlah kumpul beberapa FAKTA menarik mengenai serangga yang rata-rata orang akan anti dan rasa nak bagi terajang 5 petala jek kat serangga ni. Iyo laaa..siapa tak trauma kalau nyamuk-nyamuk ni menodai lapisan epidermis kita kan??
Sudahnya pasang ubat nyamuk lingkor-lingkor jek, tak pon pakai jek kelambu (ohhh kelambu...sungguh merimaskan ok tido dalam kelambu, rasa macam overdos karbon dioxide jek).

Jom kita terokai misteri di sebalik seekor makhluk kecil bernama NYAMUK nyennggg..nyennnng :)

SELAMAT BERKENALAN ^___^

| saya nyamuk tonggek nyengggg nyenggg |



  • Nyamuk sudah pun wujud sejak 100 juta tahun lalu.
  • Ada lebih dari 2500 spesies nyamuk yang berbeza di seluruh dunia.
  • Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui ia banyak hidup di kawasan tropika dan juga Artik.
  • Dari telur ke nyamuk dewasa hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (perghhhh..cepat gila nyamuk membesor, patotlah banyak nyamuk)
  • Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. (sian nyamuk jantan..jap jek jangka hayat)
  • Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya.
  • Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat.
  • Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina dengan hanya bunyi kibasan sayapnya. 
  • Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap.
  • Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung.
  • Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer.
  • Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Manusia membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Mudahlah nyamuk nak target kita sebagai mangsa.
  • Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam.
  • Nyamuk betina saja yang suka menggigit. Darah sumber protein itulah untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan. (baru tahu rupanya hanya nyamuk betina yg dok geget-geget ni).


| blurppppp..kenyang dah ambo |


KENAPA BEKAS GIGITAN NYAMUK TERASA GATAL DAN BENGKAK ???

Kulit manusia memiliki enzim yang dinamakan fibrinogen
Enzim ini bertujuan untuk menutup luka supaya cepat kering. Apabila nyamuk betina mengiris lapisan kulit, secara automatik kulit akan mengeluarkan enzim fibrinogen untuk menutup luka tersebut, tetapi nyamuk mengeluarkan cairan yang boleh melawan enzim tersebut sehingga luka pada kulit tidak boleh tertutup.
Cairan yang dikeluarkan nyamuk ini yang menyebabkan rasa gatal dan bengkak, dan bagi sesetengah orang cairan ini boleh menyebabkan alergi pada kulit.

8 January 2012

Simple Machine [ part 2 ]

Salam sayang untuk semua ^__^

Seperti yang dijanjikan untuk update jugak tajuk Simple Machine ni. Sebab tu laa ada sampai part tu. Sebelum tu nak tanya, kome dah buat belum exercise pasal Principle of Lever yang ticer post sebelom ni :

Kepada yang dah buat exercise kat link atas ni,,ticer ucapkan TAHNIAH ^__^
Sains tu satu yang mudah kalau kita sentiasa amalkan latihan sehingga betul-betul faham konsepnya. Siapa SETUJU ngan ticer sila angkat tangan :)

Untuk entri kali ini, ticer hanya nak update perbincangan mengenai bagaimana nak menyelesaikan pengiraan yang melibatkan tuas. Kira sambungan kepada entri Simple Machine [ part 1 ] laaa.

Untuk betul-betul MENGUASAI bahagian ini, kamu seharusnya menitikkan perkara-perkara berikut :
1.  Di manakah kedudukan FULKRUM ? 
2.  Berapakah jarak antara FULKRUM dengan BEBAN (load) ?
3.  Berapakah jarak antara FULKRUM dengan DAYA (effort) ?
4.  Apakah unit-unit yang digunakan ?

Dalam bahagian ini, anda TIDAK sepatutnya menganggap bahawa FULKRUM itu "akan sentiasa berada di tengah-tengah". Ini kerana ia boleh saja berada di mana-mana untuk menjadikan alat itu TUAS KELAS PERTAMA, KEDUA atau KETIGA. Ini bermaksud, kamu betul-betul kena tentukan terlebih dahulu kedudukan FULKRUM sebelum memulakan pengiraan.

Ingat yer...step pertama adalah : tentukan kedudukan FULKRUM terlebih dahulu.

Kemudian, tolong HAFAL formula di bawah. Relax laa...tak banyak formula pon nak kena ingat..hehe :)


Owh..satu lagi nak ingatkan, tolong jangan lupa unit-unit bagi kuantiti-kuantiti dalam formula kat atas ni. 

>> Nilai "BEBAN" (load) adalah berat beban dalam unit Newton (N) dan "JARAK BEBAN" adalah dikira dari kedudukan BEBAN ke kedudukan FULKRUM dalam unit meter (m).

>> Nilai "DAYA" (effort) adalah dalam unit Newton (N) juga dan "JARAK DAYA" diukur dari kedudukan DAYA ke kedudukan FULKRUM dalam unit meter (m).

Ok, mari kita mulakan pengiraan dengan contoh yang mudah dulu seperti di bawah. Apa yang perlu kamu lakukan adalah memasukkan terlebih dahulu nilai-nilai berkaitan dengan formula di atas.

CONTOH 1 :


Berdasarkan rajah di atas, berapakah nilai bagi beban ?

Jawapan :

Kalau dah faham dan jelas dengan pengiraan di atas, sila uji kefahaman kamu dengan menyelesaikan LATIHAN di bawah. Kalau tak tak jelas lagik, boleh kemukan persoalan di Ruangan Komen nanti yer :)

LATIHAN :


Panduan :
1 m = 100 cm
1 N = 10 kg

Seterusnya, kita pelajari pula macam mana nak selesaikan pengiraan tuas yang lebih kompleks. Ok, cuba kamu fahamkan dengan CONTOH 2 di bawah :

CONTOH 2 :

Jawapan :


Oppss...jangan pening-pening. Banyak sangat angka eh buat kamu rasa serabut..hehe :) Ingat lagi tak apa yang ticer bincangkan mengenai step pertama untuk menyelesaikan pengiraan. Ada 2 kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar iaitu :  
  • tidak mengambil kira nilai jarak yang betul sebab mereka lupa pada kedudukan FULKRUM.  
    • >>> " Jarak Beban atau Jarak Daya perlulah dikira dari kedudukan FULKRUM"
    • >>> dikira dalam unit m
  • tidak menukar unit cm kepada m / unit kg kepada Newton 
    • >>> (1m =  100 cm)
    • >>> (1N = 10 kg)
Bagi contoh 2 di atas, jarak B bukanlah 400 cm (4m) sebaliknya perlulah dikira dari kedudukan B ke kedudukan fulkrum iaitu (4m + 3.5m = 7.5m). Ramai pelajar melakukan kecuaian dengan mengabaikan kedudukan fulkrum tersebut. Jadi lepas ni jangan cuai lagi yer :)

Sekarang cuba buat latihan di bawah untuk memantapkan lagik kefahaman kamu.


Jawapan telah pun diberikan. Berjaya tak settlekan latihan di atas? 
Kalau masih lagi kurang jelas atau masih belum dapat jawapan, bolehlah bertanya pada Ruangan Komen di bawah. Nanti ticer check jawapan kamu :)

Terima kasih ^__^

Nota kaki :
- nantikan entri sambungan tajuk ni : Simple Machine [ part 3 ]

ASK ME | Macam Mana Nak Tentukan Jenis Tuas?

Salam semua ^__^
Baru-baru ini ada student yang masih confius dan bertanyakan persoalan berkaitan dengan Chapter 10 : Simple Machine.
Sebenarnya, kalau ikotkan bab ni merupakan antara bab yang boleh masok kategori SUKAR. Tapi semua tu tak jadik masalah kalau kita rajin buat latihan kan :)

Ok, kat sini ticer akan bincangkan kepada 2 persoalan yang melibatkan subtopik Types of Lever iaitu :

        1.   Bagaimana menentukan jenis tuas (Class of Lever)
        2.   Apakah contoh-contoh tuas kelas pertama, kedua dan ketiga?

Meh kita mulakan pembelajaran kita. 
Are you ready :)

Pertama sekali, kamu kena tentukan kedudukan perkara-perkara berikut:
 BEBAN (load), daya (effort) dan FULKRUM (fulcrum).
Untuk mudah kita ingat, jadik kamu kena utamakan perhatian pada perkara yg terletak pada tengah-tengah alatan.

## Jika FULKRUM (fulcrum) berada di tengah-tengah, kita katakan ia berada dalam kumpulan TUAS KELAS PERTAMA (First Class Lever).

[ perhatikan di tengah-tengah adalah FULKRUM ]


## Jika BEBAN (load) berada di tengah-tengah, kita katakan ia berada dalam kumpulan TUAS KELAS KEDUA (Second Class Lever).

[ Beban berada di tengah-tengah ]

## Jika DAYA (effort) berada di tengah-tengah, kita katakan ia berada dalam kumpulan TUAS KELAS KETIGA (Third Class Lever).

Daya berada di tengah-tengah ]

PERHATIAN !!!
Untuk mudahkan kamu ingat, just hafal formula ini jek :
  F L E  
"F" untuk FULCRUM (fulkrum)
"L" untuk LOAD (beban)
"E" untuk EFFORT (daya)

"F" mewakili TUAS KELAS PERTAMA,
"L" mewakili TUAS KELAS KEDUA,
"E" mewakili TUAS KELAS KETIGA

Ini sebab kenapa ticer suruh hafal dan ingat perkara yg berada di tengah-tengah jek ^__^

Jadi, sudahkah kamu memahami bagaimana nak tentukan jenis tuas ? Opsss..masih confius lagik ke?? Tak pe, jom kamu cuba kenalpasti jenis tuas bagi alat-alat berikut. Tulis jawapan kat kertas dulu....kemudian baru check jawapan di bawah. 

SELAMAT MENCUBA ! Jangan malas-malas ok :)

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Tadaaaa ^___^
Sudah siap eh kenalpasti jenis tuas alatan kat atas tu? Ok, jom check jawapan sama-sama yer :)

TUAS KELAS
 PERTAMA
TUAS KELAS
 KEDUA
TUAS KELAS
 KETIGA
Pemangkas
Penebuk lubang
Penyepit baju
Pengepit kuku
Pemecah buah
Pembuka tin
Pam angin
Pengepit ais
Cangkul
Penyapu
Joran


Ehhh...ada satu lagik tak de kan (muke confius)
Macam mana pulak dengan Pisau Cincang yer??

Jawapannya ialah...
Pisau Cincang bukanlah sejenis tuas. Kecuali sekiranya kalau kita meletakkan bawang di bawah mata pisau tu dalam keadaan salah satu hujung pisau dipaksikan pada papan pemotong. Kalau macam ni baru kita boleh katakan bahawa ia dalam kumpulan TUAS KELAS KEDUA sebab BEBAN (load) yg berada di tengah-tengah.

[ tuas kelas kedua

Bagaimana sekarang...sudah faham dan jelas betul-betul belum mengenai tajuk ni?
Kalau masih belum jelas dan ada apa-apa persoalan, kamu bolehlah kemukakan di ruangan komen di bawah.
Terima kasih :)


7 January 2012

INFO SAINS | Bagaimana Pokok Kaktus Hidup di Padang Pasir?

[ kaktus di padang pasir ]

POKOK kaktus boleh menyimpan banyak air pada daun, pangkal dan akar bagi membolehkan ia hidup di kawasan kering dan padang pasir. Walaupun padang pasir memperoleh hujan yang sedikit tetapi pokok kaktus akan menyerap air sebanyak mungkin supaya ia boleh hidup semasa musim kering.

Namun begitu duri yang terdapat pada pokok berkenaan turut memainkan peranan penting dalam kitaran hidupnya. Duri yang tajam menghalang haiwan untuk memakannya.

Duri itu juga menghalang tiupan angin yang kuat terhadap pokok itu sekali gus mengurangkan penyejatan air dalam pokok itu. Selain itu duri pada pokok kaktus turut berperanan membenarkan lembapan pada waktu malam berkumpul pada hujungnya dan kemudian air ini akan jatuh bagi membolehkan akar pokok itu menyerap air berkenaan.

Why does Ice Cream Melt ?


Ice cream has ice crystals in it. 
That is what’s frozen.
 Things exist in different phases, solid, liquid, or gas, depending on their temperature.
 What you know as ice cream is simply the solid phase.
 When the ice crystals melt, the ice cream turns liquidy!

GOSIP SAINS | 160,000 mati setahun akibat kepanasan

[ adakah begini yang anda mahukan ]

KIRA-KIRA 160,000 manusia mati setiap tahun akibat kesan sampingan kepanasan dunia disebabkan penyakit seperti malaria sehingga kurang khasiat dengan jangkaan jumlah itu akan meningkat dua kali ganda menjelang 2020, kata sekumpulan saintis.

Kajian oleh saintis-saintis di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan London School of Hygiene and Tropical Medicine menyatakan kanak-kanak di negara sedang membangun merupakan golongan paling teruk terjejas.

"Kami menjangka perubahan cuaca telah menyebabkan kira-kira 160,000 kematian setahun," kata Professor Andrew Haines of the London School of Hygiene and Tropical Medicine pada persidangan perubahan cuaca di Moscow.

Banyak penyakit merebak disebabkan oleh masalah perubahan cuaca yang ketara dan jumlahnya akan meningkat dua kali ganda menjelang 2020. Kebanyakan kematian direkodkan di negara-negara sedang membangun seperti Afrika, Amerika LAtin dan Asia Tenggara disebabkan oleh masalah kekurangan makanan berkhasiat, cirit-birit dan malaria yang mempunyai kesan daripada masalah kepanasan.

[ antara kesan sampingan kepanasan cuaca ialah kekurangan makanan]
Penduduk yang mendapat iklim yang sederhana sejuk seperti di Eropah dan Amerika Utara sememangnya dapat menjalani kehidupan lebih selesa, bagaimanapun musim panas melampau yang melanda Eropah baru-baru ini telah menyebabkan kira-kira 15,000 kematian di Perancis.


Haines berkata, perubahan cuaca ada juga memberi kesan kebaikan seperti peningkatan dalam hasil tuaian di sesetengah kawasan tetapi ia juga boleh menyebabkan peningkatan kadar merebaknya penyakit. Rusia baru-baru ini mengadakan persidangan perubahan cuaca dunia bagi membincangkan bagaimana mengawal kadar pencemaran gas seperti karbon oksida dari kilang dan kenderaan yang dikatakan punca peningkatan suhu dunia.


[sumber : estidotmy ]

EXERCISE | Simple Machine


Hi my beloved students ^__^

Try to do an EXERCISE below :
## please read the previous notes about The Simple Machine : 



QUESTION 1 :


What is the force that must be applied to just lift the rock pushing down with a force of 500N?



QUESTION 2 :


What is the maximum force that can be opposed if the person can apply a force of 300N ?



QUESTION 3 :




What distance must a person be from the fulcrum to apply a force of 60N in order to lift a 300N load ?




## Please email to me (ticerlemon@yahoo.com) after you have answering all the questions above. thanks ^__^

Simple Machine [ part 1 ]

What is a LEVER ??

** a lever is a SIMPLE MACHINE that hepls us to do work more easily
[ sejenis mesin ringkas yg boleh memudahkan kerja kita ]

Ok, jom tengok video kat bawah ni (jgn tengok jek..sila faham betul-betul ^__^)





The video shown above explain us about the PRINCIPLES OF LEVER.
>> states that when a lever is in EQUILIBRIUM, the product of load and distance of load from fulcrum is EQUAL to the product of effort (force) and the distance of effort from fulcrum.

It can be represented by this following formula  :

Load (L) x distance of load form fulcrum (l) = Effort (E) x distance of effort from fulcrum (e)

[ Jebat dan Si Gajah ]

Macam contoh pada gambar di atas. Kalau kita nak seimbangkan sesuatu tuas itu, kita perlulah UBAH jarak beban (load) atau daya (effort) dari fulkrum.

Memandangkan Jebat lagi ringan berbanding Si Gajah, maka jarak Jebat dari fulkrum adalah lebih BESAR berbanding jarak Si Gajah dengan fulkrum. Jadi, bila dah ubah jarak masing-masing dari fulkrum..baru laaa SEIMBANG ^___^


## Example 1:


What is the minimum force that is required to lift the load with a force acting on it of 300N ?

(jawab dulu ok, baru tengok jawapan di bawah)
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Answer :
Load (L) = 300 N
Distance of load from fulcrum (l) = 2 m
Effort = ? N
Distance of effort form fulcrum = 10 m

    Load (L) x distance of load form fulcrum (l) = Effort (E) x distance of effort from fulcrum (e)
  
E =  ( L x l ) / e
   =  (300 N x 2 m ) / 10 m
   =  600 Nm / 10 m
   =  60 N

 So the minimum force required to just lift the load is 60 N.

##  Example 2:


What is the maximum force that can be lifted with a force of 400 N if the lever on the right is used?

Answer :
Load (L) = ? N
Distance of load from fulcrum (l) = 6 m
Effort = 400 N
Distance of effort form fulcrum = 18 m

       Load (L) x distance of load form fulcrum (l) = Effort (E) x distance of effort from fulcrum (e)

L =  ( E x e ) / l
   =  (400 N x 18 m ) / 6 m
   =  7200 Nm / 6 m
   =  1200 N

So the maximum force that can be opposed with a force of 400N is 1200N.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...