| Selamat Datang ke Blog Dunia Sains Saya. Blog ini merupakan satu alternatif untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran bagi subjek SAINS yang lebih menarik dan interaktif. Melalui blog ini pelajar, guru serta pembaca boleh mendapatkan bahan-bahan p&p yang berkaitan dengan SAINS |

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Cik Nor Aziehan bt Ahmad Adnan
[ emel : ticerlemon@yahoo.com ]

" SHARING is CARING "
Selamat membaca ^o^

1 April 2012

Benarkah Kuda Laut Jantan Lahirkan Anak

Semua pasti tahu yang organisma JANTAN memang tidak boleh meahirkan anak. Jika menjaga anak, itu perkara biasa. Tetapi, berlainan pula dengan situasi KUDA LAUT. Ramai yang percaya bahawa kuda laut jantan yang melahirkan anak. Benarkah ????


Kuda laut adalah sejenis ikan yang hidup di dalam laut dari genus Hippocampus dan famili Syngnathidae.

Sebenarnya, kuda laut betina telah menempatkan lebih 100 biji telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan. Kuda laut jantan kemudiannya akan mengeluarkan sperma ke dalam kantung tersebut uuntuk persenyawaan telur berkenaan.


Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur masing-masing. Proses pengerangan akan berlangsung selama 2 hingga 6 minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut.

Selepas cukup sifat, kuda laut jantan itu akan melahirkan anaknya yang kecil berukuran 1 cm panjang. Terdapat 35 spesies kuda laut di seluruh dunia dan ukurannya pelbagai iaitu antara 5 cm hingga 36 cm.

Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpai air dan batu karang. Ia makan dengan menyedut plankton yang kecil dan larva ikan.



Mengapa belon yang diisi helium lebih cepat mengecut?

| terbang jauh-jauh wahai cik belon |

Menjadi persoalan apabila membuat pemerhatian bagi belon yang kita sendiri tiup dengan belon yang kita isikan dengan gas helium. Kalau anda perhatikan, belon yang terisi helium akan lebih cepat mengecut. Anda tahu MENGAPA ???

Belon mempunyai liang yang amat kecil di dalamnya seperti lubang kecil yang membenarkan udara atau helium keluar. Justeru kita dapat melihat belon yang telah ditiup lama kelamaan akan mengecut.

Bagaimanapun belon yang diisi helium lebih cepat mengecut kerana atom-atomnya lebih kecil berbanding atom-atom dalam pernafasan kita.

Oleh kerana atom helium lebih kecil maka ia lebih mudah membolosi liang kecil di dalam belon itu.

Dalam bidang atom, atom helium adalah yang kedua terkecil manakala atom yang terkecil sekali ialah hidrogen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...