| Selamat Datang ke Blog Dunia Sains Saya. Blog ini merupakan satu alternatif untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran bagi subjek SAINS yang lebih menarik dan interaktif. Melalui blog ini pelajar, guru serta pembaca boleh mendapatkan bahan-bahan p&p yang berkaitan dengan SAINS |

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Cik Nor Aziehan bt Ahmad Adnan
[ emel : ticerlemon@yahoo.com ]

" SHARING is CARING "
Selamat membaca ^o^

1 April 2012

Benarkah Kuda Laut Jantan Lahirkan Anak

Semua pasti tahu yang organisma JANTAN memang tidak boleh meahirkan anak. Jika menjaga anak, itu perkara biasa. Tetapi, berlainan pula dengan situasi KUDA LAUT. Ramai yang percaya bahawa kuda laut jantan yang melahirkan anak. Benarkah ????


Kuda laut adalah sejenis ikan yang hidup di dalam laut dari genus Hippocampus dan famili Syngnathidae.

Sebenarnya, kuda laut betina telah menempatkan lebih 100 biji telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan. Kuda laut jantan kemudiannya akan mengeluarkan sperma ke dalam kantung tersebut uuntuk persenyawaan telur berkenaan.


Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur masing-masing. Proses pengerangan akan berlangsung selama 2 hingga 6 minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut.

Selepas cukup sifat, kuda laut jantan itu akan melahirkan anaknya yang kecil berukuran 1 cm panjang. Terdapat 35 spesies kuda laut di seluruh dunia dan ukurannya pelbagai iaitu antara 5 cm hingga 36 cm.

Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpai air dan batu karang. Ia makan dengan menyedut plankton yang kecil dan larva ikan.



Mengapa belon yang diisi helium lebih cepat mengecut?

| terbang jauh-jauh wahai cik belon |

Menjadi persoalan apabila membuat pemerhatian bagi belon yang kita sendiri tiup dengan belon yang kita isikan dengan gas helium. Kalau anda perhatikan, belon yang terisi helium akan lebih cepat mengecut. Anda tahu MENGAPA ???

Belon mempunyai liang yang amat kecil di dalamnya seperti lubang kecil yang membenarkan udara atau helium keluar. Justeru kita dapat melihat belon yang telah ditiup lama kelamaan akan mengecut.

Bagaimanapun belon yang diisi helium lebih cepat mengecut kerana atom-atomnya lebih kecil berbanding atom-atom dalam pernafasan kita.

Oleh kerana atom helium lebih kecil maka ia lebih mudah membolosi liang kecil di dalam belon itu.

Dalam bidang atom, atom helium adalah yang kedua terkecil manakala atom yang terkecil sekali ialah hidrogen.


10 March 2012

Berita | Kejohanan Merentas Desa SMKBT4

SMKBT4, 15 Januari 2012 - Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 4 telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Acara ini telah dimulakan seawal jam 8 pagi. Satu taklimat telah diberikan oleh Encik Saw Kean Tat (Setiausaha Sukan) kepada para peserta sebelum acara dimulakan. Beliau telah menerangkan mengenai peraturan serta laluan merentas desa pada kali ini. Acara ini telah disertai oleh 4 buah rumah sukan iaitu Musytari, Marikh, Zuhal dan juga Neptune.

Sebelum memulakan acara, para peserta telah melakukan acara memanaskan badan yang diketuai oleh Saudara Syamer Hafiz bersama rakan-rakannya. Pertandingan merentas desa ini dijalankan mengikut kategori iaitu :

  • Kategori Lelaki bawah 18 (Tingkatan 3, 4 dan 5)
  • Kategori Lelaki bawah 15 (Tingkatan 1 dan 2)
  • Kategori Perempuan bawah 18 (Tingkatan 3, 4 dan 5)
  • Kategori Perempuan bawah 15 (Tingkatan 1 dan 2)
Kejohanan Merentas Desa kali ini turut dibantu oleh barisan polis trafik IPD Gerik yang bertindak sebagai pengawal lalu lintas laluan merentas desa. johan keseluruhan Kejohanan Merentas Desa tahun 2012 berdasarkan pungutan mata telah dimenangi oleh rumah Musytari. Tahniah!

" Majulah Sukan untuk Negara" 

4 March 2012

Fakta | Hanya Nyamuk Betina Gigit Darah Kita

Salam sayang semua ^____^

Tiga hari lepas ada seorang cikgu bertanyakan soalan mengenai NYAMUK kepada saya dan soalan tersebut merupakan soalan daripada salah seorang pelajarnya.

Sebagai penggemar siri tv National Geography, amatlah perlu bagi saya untuk mengetahui mengenai NYAMUK ni. Mesti ter'miss' time deme tayang pasal incik/cik NYAMUK ni..hadeiiiii

Setelah membuat research dan bertanyakan kepada pacik google, maka sy dapatlah kumpul beberapa FAKTA menarik mengenai serangga yang rata-rata orang akan anti dan rasa nak bagi terajang 5 petala jek kat serangga ni. Iyo laaa..siapa tak trauma kalau nyamuk-nyamuk ni menodai lapisan epidermis kita kan??
Sudahnya pasang ubat nyamuk lingkor-lingkor jek, tak pon pakai jek kelambu (ohhh kelambu...sungguh merimaskan ok tido dalam kelambu, rasa macam overdos karbon dioxide jek).

Jom kita terokai misteri di sebalik seekor makhluk kecil bernama NYAMUK nyennggg..nyennnng :)

SELAMAT BERKENALAN ^___^

| saya nyamuk tonggek nyengggg nyenggg |



  • Nyamuk sudah pun wujud sejak 100 juta tahun lalu.
  • Ada lebih dari 2500 spesies nyamuk yang berbeza di seluruh dunia.
  • Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui ia banyak hidup di kawasan tropika dan juga Artik.
  • Dari telur ke nyamuk dewasa hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (perghhhh..cepat gila nyamuk membesor, patotlah banyak nyamuk)
  • Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. (sian nyamuk jantan..jap jek jangka hayat)
  • Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya.
  • Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat.
  • Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina dengan hanya bunyi kibasan sayapnya. 
  • Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap.
  • Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung.
  • Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer.
  • Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Manusia membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Mudahlah nyamuk nak target kita sebagai mangsa.
  • Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam.
  • Nyamuk betina saja yang suka menggigit. Darah sumber protein itulah untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan. (baru tahu rupanya hanya nyamuk betina yg dok geget-geget ni).


| blurppppp..kenyang dah ambo |


KENAPA BEKAS GIGITAN NYAMUK TERASA GATAL DAN BENGKAK ???

Kulit manusia memiliki enzim yang dinamakan fibrinogen
Enzim ini bertujuan untuk menutup luka supaya cepat kering. Apabila nyamuk betina mengiris lapisan kulit, secara automatik kulit akan mengeluarkan enzim fibrinogen untuk menutup luka tersebut, tetapi nyamuk mengeluarkan cairan yang boleh melawan enzim tersebut sehingga luka pada kulit tidak boleh tertutup.
Cairan yang dikeluarkan nyamuk ini yang menyebabkan rasa gatal dan bengkak, dan bagi sesetengah orang cairan ini boleh menyebabkan alergi pada kulit.

8 January 2012

Simple Machine [ part 2 ]

Salam sayang untuk semua ^__^

Seperti yang dijanjikan untuk update jugak tajuk Simple Machine ni. Sebab tu laa ada sampai part tu. Sebelum tu nak tanya, kome dah buat belum exercise pasal Principle of Lever yang ticer post sebelom ni :

Kepada yang dah buat exercise kat link atas ni,,ticer ucapkan TAHNIAH ^__^
Sains tu satu yang mudah kalau kita sentiasa amalkan latihan sehingga betul-betul faham konsepnya. Siapa SETUJU ngan ticer sila angkat tangan :)

Untuk entri kali ini, ticer hanya nak update perbincangan mengenai bagaimana nak menyelesaikan pengiraan yang melibatkan tuas. Kira sambungan kepada entri Simple Machine [ part 1 ] laaa.

Untuk betul-betul MENGUASAI bahagian ini, kamu seharusnya menitikkan perkara-perkara berikut :
1.  Di manakah kedudukan FULKRUM ? 
2.  Berapakah jarak antara FULKRUM dengan BEBAN (load) ?
3.  Berapakah jarak antara FULKRUM dengan DAYA (effort) ?
4.  Apakah unit-unit yang digunakan ?

Dalam bahagian ini, anda TIDAK sepatutnya menganggap bahawa FULKRUM itu "akan sentiasa berada di tengah-tengah". Ini kerana ia boleh saja berada di mana-mana untuk menjadikan alat itu TUAS KELAS PERTAMA, KEDUA atau KETIGA. Ini bermaksud, kamu betul-betul kena tentukan terlebih dahulu kedudukan FULKRUM sebelum memulakan pengiraan.

Ingat yer...step pertama adalah : tentukan kedudukan FULKRUM terlebih dahulu.

Kemudian, tolong HAFAL formula di bawah. Relax laa...tak banyak formula pon nak kena ingat..hehe :)


Owh..satu lagi nak ingatkan, tolong jangan lupa unit-unit bagi kuantiti-kuantiti dalam formula kat atas ni. 

>> Nilai "BEBAN" (load) adalah berat beban dalam unit Newton (N) dan "JARAK BEBAN" adalah dikira dari kedudukan BEBAN ke kedudukan FULKRUM dalam unit meter (m).

>> Nilai "DAYA" (effort) adalah dalam unit Newton (N) juga dan "JARAK DAYA" diukur dari kedudukan DAYA ke kedudukan FULKRUM dalam unit meter (m).

Ok, mari kita mulakan pengiraan dengan contoh yang mudah dulu seperti di bawah. Apa yang perlu kamu lakukan adalah memasukkan terlebih dahulu nilai-nilai berkaitan dengan formula di atas.

CONTOH 1 :


Berdasarkan rajah di atas, berapakah nilai bagi beban ?

Jawapan :

Kalau dah faham dan jelas dengan pengiraan di atas, sila uji kefahaman kamu dengan menyelesaikan LATIHAN di bawah. Kalau tak tak jelas lagik, boleh kemukan persoalan di Ruangan Komen nanti yer :)

LATIHAN :


Panduan :
1 m = 100 cm
1 N = 10 kg

Seterusnya, kita pelajari pula macam mana nak selesaikan pengiraan tuas yang lebih kompleks. Ok, cuba kamu fahamkan dengan CONTOH 2 di bawah :

CONTOH 2 :

Jawapan :


Oppss...jangan pening-pening. Banyak sangat angka eh buat kamu rasa serabut..hehe :) Ingat lagi tak apa yang ticer bincangkan mengenai step pertama untuk menyelesaikan pengiraan. Ada 2 kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar iaitu :  
  • tidak mengambil kira nilai jarak yang betul sebab mereka lupa pada kedudukan FULKRUM.  
    • >>> " Jarak Beban atau Jarak Daya perlulah dikira dari kedudukan FULKRUM"
    • >>> dikira dalam unit m
  • tidak menukar unit cm kepada m / unit kg kepada Newton 
    • >>> (1m =  100 cm)
    • >>> (1N = 10 kg)
Bagi contoh 2 di atas, jarak B bukanlah 400 cm (4m) sebaliknya perlulah dikira dari kedudukan B ke kedudukan fulkrum iaitu (4m + 3.5m = 7.5m). Ramai pelajar melakukan kecuaian dengan mengabaikan kedudukan fulkrum tersebut. Jadi lepas ni jangan cuai lagi yer :)

Sekarang cuba buat latihan di bawah untuk memantapkan lagik kefahaman kamu.


Jawapan telah pun diberikan. Berjaya tak settlekan latihan di atas? 
Kalau masih lagi kurang jelas atau masih belum dapat jawapan, bolehlah bertanya pada Ruangan Komen di bawah. Nanti ticer check jawapan kamu :)

Terima kasih ^__^

Nota kaki :
- nantikan entri sambungan tajuk ni : Simple Machine [ part 3 ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...